Sony Xperia T2 Ultra - Tetapan Internet dan MMS

background image

Tetapan Internet dan MMS

Untuk menghantar mesej multimedia atau mengakses Internet semasa tiada rangkaian

Wi-Fi® yang tersedia, anda mesti mempunyai sambungan data mudah alih yang

berfungsi dengan tetapan Internet dan MMS (Perkhidmatan Pemesejan Multimedia) yang

betul. Berikut adalah beberapa petua:

Bagi kebanyakan rangkaian dan pengendali mudah alih, tetapan Internet dan MMS

diprapasang pada peranti anda. Anda boleh mula menggunakan Internet dan

menghantar mesej multimedia dengan serta-merta.

Dalam sesetengah keadaan, anda akan mendapat pilihan untuk memuat turun tetapan

Internet dan MMS pada kali pertama anda menghidupkan peranti anda apabila kad SIM

dimasukkan. Tetapan ini juga boleh dimuat turun kemudian daripada menu Tetapan.

Anda boleh menambah, menukar atau memadam tetapan Internet dan MMS secara

manual pada peranti anda pada bila-bila masa. Jika anda menukar atau memadam

tetapan Internet atau MMS secara tidak sengaja, muat turun tetapan Internet dan MMS

sekali lagi.

Jika anda tidak boleh mengakses Internet melalui rangkaian mudah alih atau jika

pemesejan multimedia tidak berfungsi, walaupun tetapan Internet dan MMS telah berjaya

dimuat turun ke peranti anda, rujuk petua menyelesaikan masalah untuk peranti anda di

www.sonymobile.com/support/

untuk masalah liputan rangkaian, data mudah alih dan

MMS.

Jika mod STAMINA diaktifkan kepada jimat kuasa, semua trafik data mudah alih dijedakan

apabila skrin mati. Jika ini menyebabkan masalah sambungan, cuba kecualikan beberapa

aplikasi dan perkhidmatan daripada dijeda atau nyahaktifkan mod STAMINA buat sementara.

Untuk maklumat lanjut, lihat

Gambaran keseluruhan ciri mod STAMINA

pada halaman 22 .

Untuk memuat turun tetapan Internet dan MMS

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lagi > Tetapan internet.

3

Ketik

Terima. Sebaik sahaja tetapan berjaya dimuat turun, muncul dalam bar

status dan data mudah alih dihidupkan secara automatik.

Jika tetapan tidak boleh dimuat turun ke peranti anda, periksa kekuatan isyarat rangkaian

mudah alih anda. Pergi ke lokasi terbuka yang tiada halangan atau berhampiran dengan

tingkap dan kemudian cuba lagi.

30

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambahkan tetapan Internet dan MMS secara manual

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Lagi > Rangkaian mudah alih.

3

Ketik

Nama Titik Capaian > .

4

Ketik

Nama dan masukkan nama yang diinginkan.

5

Ketik

APN dan masukkan nama pusat akses.

6

Masukkan semua maklumat lain yang diperlukan. Jika anda tidak tahu maklumat

yang diperlukan, hubungi pengendali rangkaian anda untuk mendapatkan butiran

lanjut.

7

Setelah anda selesai, ketik , kemudian ketik

SIMPAN.

Untuk melihat tetapan Internet dan MMS yang dimuat turun

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Lagi > Rangkaian mudah alih.

3

Ketik

Nama Titik Capaian.

4

Untuk melihat butiran lanjut, ketik mana-mana item yang tersedia.

Jika anda mempunyai beberapa sambungan tersedia, sambungan rangkaian aktif ditunjukkan

dengan butang yang ditandakan .