Mencerminkan skrin peranti anda secara wayarles di TV
Anda boleh menggunakan Pencerminan skrin untuk memaparkan skrin peranti anda di
TV atau paparan besar yang lain tanpa menggunakan sambungan kabel. Teknologi Wi-Fi
Direct™ membuat sambungan wayarles antara kedua-dua peranti itu, jadi anda boleh
bersantai sambil menikmati tontonan foto kegemaran anda dengan selesa dari sofa
anda. Anda juga boleh menggunakan ciri ini untuk mendengar muzik daripada peranti
anda melalui pembesar suara TV.
TV anda perlu menyokong pencerminan skrin berdasarkan Wi-Fi CERTIFIED Miracast™ bagi
kefungsian yang diterangkan di atas untuk berfungsi. Jika TV anda tidak menyokong
pencerminan skrin, anda mungkin perlu membeli penyesuai paparan wayarles secara
berasingan.
Semasa menggunakan pencerminan skrin, kualiti imej kadang kala mengalami impak negatif
jika terdapat gangguan daripada rangkaian Wi-Fi® lain.
Untuk mencerminkan skrin peranti anda pada skrin TV
1
TV: Ikut arahan dalam Panduan pengguna TV anda bagi menghidupkan fungsi
pencerminan skrin.
2
Peranti anda: Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Pencerminan skrin.
4
Ketik
Mula.
5
Ketik
OK dan pilih peranti.
Apabila menggunakan pencerminan skrin, jangan tutup kawasan antena Wi-Fi peranti anda.
TV anda perlu menyokong pencerminan skrin berdasarkan Wi-Fi CERTIFIED Miracast™ untuk
membolehkan fungsi yang diterangkan di atas dijalankan.
Untuk menghentikan pencerminan skrin antara peranti
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Pencerminan skrin.
3
Ketik
Putuskan samb., kemudian ketik OK.