Sony Xperia T2 Ultra - Menyambung peranti anda ke aksesori USB

background image

Menyambung peranti anda ke aksesori USB

Anda boleh menggunakan penyesuai Hos USB untuk menyambungkan peranti anda ke

aksesori USB seperti peranti storan massa USB, pengawal permainan, papan kekunci

USB dan tetikus USB. Jika aksesori USB mempunyai penyambung USB mikro,

penyesuai Hos USB tidak diperlukan.

Penyesuai Hos USB dijual secara berasingan. Sony tidak menjamin bahawa semua aksesori

USB disokong oleh peranti anda.

Untuk menyambung aksesori USB menggunakan penyesuai hos USB

Lekapkan penyesuai Hos USB ke peranti anda, kemudian sambungkan penyesuai

itu ke aksesori USB.

Langkah atau perisian tambahan mungkin diperlukan untuk menyediakan aksesori pengawal

permainan, audio USB dan Ethernet USB. Sony tidak menjamin bahawa semua aksesori USB

disokong oleh peranti anda.

Untuk mengakses kandungan pada peranti storan massa USB menggunakan

penyesuai Hos USB

1

Pasangkan penyesuai Hos USB pada peranti anda, kemudian sambungkan

penyesuai itu pada peranti storan massa USB.

2

Untuk mengakses fail dan folder pada peranti storan USB, gunakan aplikasi

pengurus fail seperti File Commander.

Selain itu, anda boleh membuka aplikasi media yang berkaitan pada peranti anda untuk

melihat kandungannya secara langsung. Contohnya, anda boleh membuka aplikasi Album

untuk melihat foto yang disimpan pada peranti storan massa USB.

Untuk memutuskan sambungan peranti storan massa USB

1

Untuk membuka panel Pemberitahuan, seret bar status ke bawah, kemudian ketik

Storan USB disambungkan.

2

Ketik

OK.

3

Tanggalkan penyesuai Hos USB dari peranti anda.

Untuk menyambung aksesori USB menggunakan penyambung USB mikro

Lekapkan penyambung USB mikro bagi aksesori USB ke peranti anda.

Sony tidak menjamin bahawa semua aksesori USB dengan penyambung USB mikro disokong

oleh peranti anda.