Sony Xperia T2 Ultra - Memulakan peranti anda untuk kali pertama

background image

Memulakan peranti anda untuk kali pertama

Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan dibuka bagi

membantu anda mengkonfigurasikan tetapan asas, mendaftar masuk ke akaun dalam

talian dan memperibadikan peranti anda. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Sony

Entertainment Network, anda boleh mendaftar masuk ke akaun itu di sini dan melakukan

persediaan dengan serta-merta.

Anda boleh mengakses panduan persediaan kemudian dari menu Tetapan juga.

Untuk menghidupkan peranti

Pastikan bateri dicas selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda menghidupkan

peranti untuk pertama kali.

1

Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga peranti bergetar.

2

Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta kemudian ketik

.

3

Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.

PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda

boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesalahan yang

dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik

.

Untuk mematikan peranti

1

Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.

2

Dalam menu pilihan, ketik

Matikan kuasa.

Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.