Sony Xperia T2 Ultra - Menerima panggilan

background image

Menerima panggilan

Jika anda menerima panggilan masuk apabila peranti berada dalam mod tidur atau skrin

dikunci, aplikasi telefon buka dalam format skrin penuh. Jika anda terima panggilan

masuk apabila skrin sedang aktif, panggilan masuk akan dipaparkan sebagai

pemberitahuan terapung, iaitu, dalam tetingkap yang diminimumkan yang terapung di

bahagian atas apa saja skrin yang terbuka. Apabila pemberitahuan seperti itu tiba, anda

boleh pilih untuk menjawab panggilan itu atau buka skrin aplikasi telefon, atau anda

boleh tolak panggilan dan kekal di skrin semasa.

Untuk menjawab panggilan masuk apabila skrin tidak aktif

Seret ke kanan.

Untuk menjawab panggilan masuk apabila skrin aktif

Dalam pemberitahuan terapung yang muncul di bahagian atas skrin, ketik

JAWAB.

Anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama juga tanpa menjawab panggilan dengan

mengetik bahagian atas tetingkap pemberitahuan terapung. Dengan menggunakan kaedah

ini, anda dapat lebih banyak pilihan untuk menguruskan panggilan itu. Contohnya, anda boleh

memutuskan untuk menolak panggilan itu dengan mesej atau memajukan panggilan itu ke

mesin menjawab panggilan.

Untuk menolak panggilan masuk apabila skrin tidak aktif

Seret ke kiri.

Untuk menolak panggilan masuk semasa skrin aktif

Dalam pemberitahuan terapung yang muncul di bahagian atas skrin, ketik

TOLAK.

Anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama juga tanpa menolak panggilan dengan

mengetik bahagian atas tetingkap pemberitahuan terapung. Dengan menggunakan kaedah

ini, anda dapat lebih banyak pilihan untuk mengurus panggilan itu. Contohnya, anda boleh

memutuskan untuk menolak panggilan itu dengan mesej atau memajukan panggilan itu ke

mesin menjawab panggilan.

Untuk membisukan nada dering panggilan masuk

Apabila anda menerima panggilan, tekan kekunci kelantangan.

Menggunakan mesin menjawab panggilan

Anda boleh menggunakan aplikasi mesin menjawab panggilan di peranti anda untuk

menjawab panggilan semasa anda sibuk atau terlepas panggilan. Anda boleh

mendayakan fungsi menjawab automatik dan menentukan tempoh menunggu sebelum

panggilan dijawab secara automatik. Anda juga boleh menghalakan panggilan secara

58

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

manual ke mesin menjawab panggilan semasa anda terlalu sibuk untuk menjawabnya.

Dan anda boleh mengakses mesej yang ditinggalkan pada mesin menjawab panggilan

terus daripada peranti anda.

Sebelum menggunakan mesin menjawab panggilan, anda mesti merakamkan mesej alu-aluan.

Untuk merakam mesej aluan untuk mesin jawab panggilan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan > Mesin Menjawab Xperia™ > Sapaan.

3

Ketik

Rakam sapaan baharu dan ikut arahan pada skrin.

Untuk mendayakan jawab automatik

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan > Mesin Menjawab Xperia™.

3

Seret penggelangsar di sebelah

Mesin Menjawab ke kanan.

Jika anda tidak menetapkan masa tunda untuk menjawab panggilan secara automatik, nilai

lalai akan digunakan.

Untuk menetapkan masa tunda bagi jawab panggilan automatik

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan > Mesin Menjawab Xperia™.

3

Ketik

Angkat selepas.

4

Laraskan masa dengan menatal ke atas dan ke bawah.

5

Ketik

Selesai.

Untuk memajukan panggilan masuk ke mesin menjawab panggilan

Apabila ada panggilan masuk, seret

Pilihan maklum balas ke atas, kemudian pilih

Tolak dengan Mesin Menjawab.

Apabila ada panggilan masuk, anda juga boleh tunggu sehingga masa tunda yang dipraset

berakhir agar mesin menjawab panggilan mengambil panggilan itu secara automatik.

Untuk mendengar mesej pada mesin jawab panggilan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan > Mesin Menjawab Xperia™ > Mesej.

3

Pilih mesej suara yang anda ingin dengar.

Anda juga boleh mendengar mesej mesin jawab panggilan terus daripada log panggilan

dengan mengetik .

Menolak panggilan dengan mesej teks

Anda boleh menolak panggilan dengan mesej teks. Apabila anda menolak panggilan

dengan mesej tersebut, mesej akan dihantar secara automatik kepada pemanggil dan

disimpan dalam perbualan Pemesejan dengan kenalan itu.
Anda boleh memilih daripada beberapa mesej dipratakrif yang tersedia di peranti anda

atau anda boleh membuat mesej yang baru. Anda boleh membuat mesej peribadi sendiri

dengan menyunting mesej yang dipratakrif juga.

Untuk menolak panggilan dengan mesej teks

1

Apabila panggilan masuk tiba, seret

Pilihan maklum balas ke atas, kemudian

ketik

Tolak dengan mesej.

2

Pilih mesej yang telah disediakan atau ketik dan tulis mesej baru.

Untuk menolak panggilan dengan mesej teks

1

Apabila anda mendengar bunyi bip berulang semasa panggilan, seret

Tolak

dengan mesej ke atas.

2

Pilih mesej yang telah disediakan atau ketik dan tulis mesej baru.

59

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyunting mesej teks yang digunakan untuk menolak panggilan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan > Tolak panggilan dengan mesej.

3

Ketik mesej yang anda mahu sunting, kemudian lakukan perubahan yang perlu.

4

Ketik

OK.