Mencari nombor pengenalan peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor ID (pengenalan) yang unik. Pada peranti anda, nombor
ini dirujuk sebagai IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah
menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila
anda mengakses perkhidmatan sokongan Xperia™ Care dan perlu mendaftarkan peranti
anda. Selain itu, jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh
menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian
dalam negara anda.
130
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk melihat nombor IMEI anda
1
Tanggalkan penutup slot kad SIM mikro dan keluarkan kad SIM bersama-sama
pemegangnya.
2
Masukkan objek tajam (seperti pen dengan hujung halus) ke dalam lubang dalam
bekas label, kemudian seret bekas ke luar perlahan-lahan menyondong ke atas
untuk melihat nombor IMEI anda.
Anda juga boleh membuka pendail telefon pada peranti anda dan memasukkan
*#06#
untuk
melihat nombor IMEI.
Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.